Kelas Belajar Emel & Klik Dengan Bijak (KDB)
19 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2016, PI Krokong dengan kerjasama dari PI Sibuluh telah menggadakan Kelas Belajar Emel dan Klik Dengan Bijak (KDB). Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar berkaitan kepentingan emel dalam kehidupan dan langkah-langkah mencipta akaun emel serta penggunaannya, dan mendidik para peserta akan kepentingan keselamatan di internet.
Kelas yang berlansung di Bilik Latihan PI Sibuluh selama 2 jam bermula dari 2 petang ini telah dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: